Nasional

Salahuddin lawat Pengkalan Kubor, sempadan Malaysia-Thailand

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi kejutan apabila beliau melawat Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang merupakan sempadan Malaysia-Thailand.

Lawatan beliau itu sebagai sesi pemantauan ke atas sempadan negara di situ.

Dalam satu kenyataan rasmi KPDN berkata, lawatan sempadan tersebut diadakan bersama rakan strategik penguatkuasaan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Negeri Kelantan.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub sempat beramah mesra dengan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat dan Pasukan Polis Marin Thailand. – GAMBAR KDPN

Dalam lawatan berkenaan, turut diadakan Sesi Ramah Mesra bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor Tumpat dan Pasukan Polis Marin Thailand.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPDN, Senator Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof serta Timbalan Ketua Setiausaha PDN KPDN, Datuk Roziah Abudin.

MENERIMA kunjungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melakukan lawatan ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang merupakan sempadan Malaysia-Thailand. – GAMBAR KPDN

Lain-lain ialah Datin Roszanina Wahab-Timbalan Ketua Setiausaha PPP KPDN, Azman Ismail-Pengarah Pejabat KPDN Negeri Kelantan serta Exco-exco Kepenggunaan Negeri, Pengarah-pengarah KPDN Negeri dan Pegawai Kanan Kementerian. – SM

BACA KPDN kawal harga bawah SHMMP Pesta Kaamatan, Hari Gawai

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button