Sajat kantoikan diri sendiri
Entah apalah yang cuba dibuktikan oleh usahawan kosmetik kontroversi yang dikenali dengan nama Nur Sajat.
Baru-baru ini Sajat memuat naik gambar geran rumah yang membuktikan bahawa dia merupakan pemilik kepada rumahnya.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama gambar itu, Sajat seolah-olah cuba membuktikan kejayaannya kepada semua yang pernah mengecamnya sebelum ini.
Malah, dia turut mengingatkan kepada semua yang rumah miliknya sekarang itu bernilai RM6.5 juta.
Tetapi bagi netizen, bukan bukti kejayaan memiliki rumah itu yang menjadi pertikaian, sebaliknya nama dalam geran tersebut.
Rata-rata netizen memberitahu yang nama Sajat di dalam borang tersebut telah dipadam dan diringkaskan menjadi Sajjad Kamaruzzaman.
“Nampak sangat ada Muhammad dan bin dekat situ,” kata seorang netizen.
Sesiapa yang melihat geran itu pun sebenarnya mempunyai pendapat yang sama. Memang nampak benar ada yang sengaja dipadamkan dalam nama tersebut.
Jarak antara nama pun terlalu panjang.
BACA> Isteri Will Smith dedah kisah curangnya
Sejak beberapa hari ini, Sajat sentiasa mengundang kecaman netizen termasuklah dengan memaparkan videonya menarik di Instagram.
Malah, tarian itu dipadankan pula dengan baju yang terlalu seksi seolah-olah untuk membuktikan bahawa dirinya adalah seorang wanita.