Politik

Saifuddin: Tinggalkan PKR, dan denda RM10 juta menanti anda

SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti dalam proses mengutip RM10 juta penalti ke atas pembelot.

Beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan oleh bendahari PKR.

“Kami sedang dalam proses mendapat denda itu,” kata Saifuddin kepada pemberita.

Beliau hadir majlis perpisahan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, di mana beliau telah berkhidmat sebagai menteri selama 21 bulan.

BACA: Ketua Wanita PKR dan timbalannya didesak nyatakan pendirian

DOKUMEN UNDANG-UNDANG

Pada 2018, semua calon PKR untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 menandatangani dokumen undang-undang untuk mengelakkan mereka daripada belot kepada pihak lain.

Menandatangani dokumen undang-undang, yang akan menyaksikan wakil rakyat yang didenda RM10 juta sekiranya mereka  belot kepada pihak lain – telah menjadi amalan dalam PKR.

BACA: Mohamed Azmin, 10 ahli Parlimen PKR keluar parti

MEREKA YANG PERLU BAYAR

Antara yang mungkin perlu membayar ialah Adun Pemanis Johor, Dr Chong Fat Full, yang mengumumkan keluar dari PKR dan menyatakan setia kepada kerajaan campuran.

Beliau adalah antara 10 anggota exco negeri, yang telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini.

Beberapa ahli parlimen PKR, yang meninggalkan parti itu selepas timbalan presidennya Datuk Seri Azmin Ali dan naib presiden Zuraida Kamaruddin dipecat, mungkin juga perlu membayar penalti RM10 juta.

PERMAINAN BELUM TAMAT

Saifuddin, yang juga setiausaha agung Pakatan Harapan, berkata ia bukan pengakhiran kepada PH.

“Kami mempunyai beberapa perkara, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa,” katanya

Ditanya sama ada ini termasuk menggerakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen, Saifuddin menjawab, secara afirmatif.

BACA: Sah DAP, PKR dan Amanah pilih Anwar sebagai PM8

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button