Politik
Trending

Pemimpin Perikatan Nasional jangan kemaruk jawatan

DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak kisah jika tidak terpilih menganggotai kabinet Perikatan Nasional kelak.

Bahkan menurut Abdul Hadi tidak menjadi masalah untuk beliau pulang ke kampung di Terengganu dan menjadi nelayan.

Begitulah reaksi pemimpin yang berjiwa besar dan patut dicontohi oleh ahli politik di negara ini.

Walaupun beliau memegang jawatan Presiden Pas, Abdul Hadi tidak mempunyai ego yang besar, kerana bagi beliau matlamat utama adalah menyelamatkan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Selepas menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah berlaku kemelut politik hingga menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan yang berusia 22 bulan, kepercayaan harus diberikan kepada pemimpin veteran itu untuk memutuskan senarai menteri kabinet yang diperlukan.

Dalam keadaan politik dan ekonomi yang semakin gawat, negara memerlukan menteri-menteri yang berkebolehan menangani permasalahan yang timbul dan bukan kerana dilantik mengikut kouta parti.

Kesilapan sedemikian telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melantik menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir membariskan pemimpin mengikut kouta parti menyebabkan majoriti daripada mereka gagal menjalankan tugas dengan baik.

Akhirnya Dr. Mahathir sendiri mahu menukar sistem kepada kabinet perpaduan iaitu mengambil individu yang berkebolehan walaupun dari pihak pembangkang.

Bagaimanapun berikutan langkah itu sokongan terhadap beliau telah merosot dan akhirnya beliau sendiri kehilangan kerajaan.

Sehubungan itu juga Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyeru pemimpin Perikatan Nasional supaya berjiwa besar dalam isu pembentukkan Kabinet yang akan dibuat oleh Muhyiddin.

Jika ada yang tidak terpilih menganggotai jawatan dalam Kabinet terimalah dengan hati terbuka kerana Perikatan Nasional hanya mempunyai masa tiga tahun untuk memulihkan negara.

“Kembali kepada asas kita membentuk Perikatan Nasional yang pada dasarnya untuk menyelamatkan negara daripada kegelapan ekoran cengkaman DAP dalam kerajaan PH yang telah tumbang baru-baru ini.

“Kita membentuk Perikatan Nasional sebagai alternatif bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan untuk membangunankan negara ekoran kemelut politik perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin PH sebelum ini,” katanya.

Rakyat sedang memerhati jangan lakukan tindak tanduk yang boleh membuatkan rakyat benci yang akhirnya kita dihukum seperti mana PH.

Jadi, janganlah ada dalam kalangan pemimpin bermain politik untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.

Berilah peluang kepada Perdana Menteri untuk membentuk barisan Kabinetnya kerana masa yang ada terlalu suntuk untuk memulihkan negara yang telah dirosakkan rejim PH.

Kepada Perdana Menteri, Menteri Besar mahupun Ketua Menteri lantiklah mereka yang berwibawa, mempunyai kredbiliti dalam menganggotai Kabinet kalian, pilihlah individu yang mempu bekerja, bukannya kroni mahupun pengampu, ini penting bagi memulihkam imej negara yang telah tercalar.

Tahniah kepada kerajaan negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad yang telah berjaya membentuk saf Exco kerajaan negeri dengan semangat Perikatan Nasional.

Di Kedah juga Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih kekal sebagai Menteri Besar walaupun perubahan pemerintahan berlaku di peringkat pusat.

Begitu juga di Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih kekal sebagai Menteri Besar walaupun Bersatu telah mengisytiharkan keluar daripada PH.

Perkara ini tidak perlu terburu-buru dan biar ia diselesaikan dengan teratur tanpa menjejaskan kestabilan negeri dan negara seterusnya.

Bencana politik  yang berlarutan sejak PH memerintah negara sudah cukup banyak memakan mangsa dan merugikan negara, jadi ia harus diburukkan lagi keadaannya.

(Visited 532 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button