Politik

Ketua Wanita PKR dan timbalannya didesak nyatakan pendirian

KETUA Wanita PKR Haniza Mohd Talha dan timbalannya Dr Daroyah Alwi didesak menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti itu.

Menurut kenyataan daripada sebahagian ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat Yang Dipilih PKR pada Nov 2018, terdapat beberapa lagi ahli majlis itu yang diberi mandat pada pemilihan parti lepas dilihat memberi sokongan kepada mereka yang dikatakan mengkhianati perjuangan parti dan Pakatan Harapan (PH).

“Dengan bukti yang diperoleh setakat ini, kami juga mendesak Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat iaitu Catherine Jok Uvang, Datuk Ginie Lim Siew Lin (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya), Juwairiya Zulkifli (ADUN Bukit Melawati), C Kavitha, Nor Ashidah Ibrahim, Nurainie Haziqah Shafi’i, Nurul Hajar Mardhiah dan S Shoba untuk menyatakan pendirian mereka.

“Kami juga akan menghantar senarai serta bukti yang ada ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut diambil,” menurut kenyataan bertarikh 1 Mac yang diedarkan selepas perjumpaan tergempar majlis pimpinan itu.

Menurut kenyataan itu, perjumpaan dihadiri 14 daripada 25 ahli majlis itu turut memutuskan tindakan susulan daripada pemecatan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’ dan isu berkaitan. – BERNAMA

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button