Sace Lady Malaysia perkenal lip tint serba boleh untuk kegunaan harian
JENAMA kosmetik terkemuka, Sace Lady Malaysia, berjaya mencipta nama sebagai salah satu jenama paling laris dalam kategori kosmetik di Asia.
Dengan rangkaian produk yang mudah diakses melalui platform runcit seperti Guardian, serta e-dagang seperti Shopee dan TikTok, Sace Lady semakin mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Berkecimpung dalam industri kosmetik di Malaysia selama lapan tahun, jenama ini terus menjadi pilihan masyarakat, bersaing secara sihat dengan jenama kosmetik lain.
Pengarah Sace Lady Malaysia, Sherman Lim, berkata pelancaran produk baharu sentiasa menjadi fokus utama syarikat dalam memenuhi keperluan peminat kosmetik.
“Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk ini secara offline, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi cawangan Guardian berhampiran anda kerana pelbagai tawaran istimewa menanti,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa produk Sace Lady yang diformulasi di Korea Selatan telah mencapai kejayaan di peringkat global, termasuk pasaran Amerika Syarikat dan Vietnam, sambil menarik perhatian pelanggan serta selebriti.
Antara produk yang mendapat sambutan hangat ialah Sace Lady Glasting Water Tint Lipstick, yang menjadi pilihan ramai kerana tekstur ringan dan liputan tinggi. Lip tint ini juga diperkaya dengan ramuan semula jadi yang membantu mencegah masalah bibir merekah.
“Lip tint ini bukan sahaja memberikan hasil yang sempurna, tetapi turut mengandungi bahan penjagaan bibir asli dan selamat,” jelas Sherman Lim.
Lip tint ini hadir dengan lapan pilihan warna, sesuai untuk pelbagai tona kulit. Selain menyerlahkan kecantikan bibir, ia turut menghidrat dan mencegah kekusaman.
•Tahan Lama: Bertahan sehingga 10 jam, mengurangkan keperluan untuk “touch up”.
•Formula Selamat: Disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk ini melembapkan bibir dengan setiap sapuan.
•Serba Boleh: Boleh digunakan sebagai lip tint, blusher, dan eyeshadow, menjadikannya pilihan ideal untuk gaya solekan pantas.
•Reka Bentuk Elegan: Hadir dengan pembungkusan mewah, sesuai untuk kegunaan harian.
“Dengan tekstur yang pigmented dan ringan, lip tint ini memberikan keselesaan maksimum, menjadikannya pilihan sempurna untuk semua peringkat umur,” tambah Sherman.
Berinspirasikan tona kemerahan, lip tint ini mampu menyerlahkan seri wajah, menjadikannya pilihan utama mereka yang ingin tampil segar dan menawan.
Produk ini direka untuk memudahkan pengguna dengan tekstur lembut, mudah diaplikasikan, dan memberikan hasil semula jadi. Dengan warna yang lebih natural berbanding gincu biasa, lip tint ini menghasilkan penampilan segar sepanjang hari.
Bagi anda yang ingin tampil cantik tanpa perlu berbelanja besar atau membawa banyak produk, Sace Lady Glasting Water Tint Lipstick adalah pilihan tepat. Kini, lebih ramai wanita boleh menikmati kecantikan dengan cara yang lebih mudah, selamat, dan bergaya.