
Nasional
Agong nikmati santapan pagi bersama Anwar
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pagi tadi berkenan untuk menikmatan santapan pagi bersama Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam hantara di X berkata, beliau bersama baginda Sultan Ibrahim menikmati sarapan itu Restoran Nasi Lemak Burung Hantu.
“Pagi tadi Tuanku Agong Sultan Ibrahim dan saya telah meluangkan masa bersarapan bersama di Restoran Nasi Lemak Burung Hantu.
“Dalam suasana santai pagi Ahad yang dingin, kami menikmati hidangan tradisional negara yang telah sekian lama menjadi kebanggaan rakyat Malaysia,” kata Anwar.