
Nasional
Lapan pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar terlibat kemalangan
DILAPORKAN bahawa lapan penuntut Malaysia di Unversiti Al-Azhar,Kaherah, Mesir terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan ke Port Said.
Tiga daripada penuntut terbabiy, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.
Lima lagi mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Mereka ialah Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi dan Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon.
“Setiausaha Pertama (Pendidikan), Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman, terus bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka.
“Insiden ini juga telah mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila mereka menghantar pegawai dari Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) Port Said, Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima’ Al Huseini.
“Ia bagi membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital,”
katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.