Hiburan

Alasan Siti Jamumall tukar lokasi majlis perkahwinan saat akhir kerana hampir ditipu oleh ‘Wedding Planner’

PEMPEGARUH media sosial terkenal, Siti Jamumall dan suaminya Aiman Tak kisah menjelaskan saat akhir menukar majlis persandingan kerana hampir di tipu oleh perunding majlis perkahwinan.

Menurut pasangan kontroversi itu, pada awalnya pihak tersebut ingin berikan tajaan sepenuhnya tetapi di saat akhir mereka meminta bayaran yang tidak setimpal.

@suaramerdekamy

Saat akhir tukar tempat majlis kawin kerana hampir ditipu oleh wedding planner @AIMAN TAK KESAH @sitijamumall

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Related Articles

‘’Kami berdua sangat kecewa kita buat majlis kawin siapa je nak cancel, seminggu sebelum pulak tu, sebab kami dah buat kad dan invitation dah bayar itu ini jadi ada perkara yang kita rasa tertipu dan rasa tak best sebab itu kami buat keputusan untuk tukar ke lokasi lama ke lokasi baru

‘’Kami juga tidak kisah untuk membayar lebih tetapi kami pentingkan service dan saya pegang pada value, saya tak suka orang tipu, kalau ikutkan mereka nak sposer tetapi last minit mereka tarik dan mereka keluarkan invoice tak masuk akal’’, katanya semalam semasa majlis persadingan.

Namun pasangan ini juga bersyukur untuk lokasi majlis perkawinan yang berlangsung semalam adalah lebih baik dari sebelum ini .

‘’Saya bersyukur hikmah yang sangat bagus tempat yang kita ambil ini lebih baik dan cantik.

Siti juga turut berkongsi total untuk majlis persadingannya yang berlangsung semalam berhabis sebanyak RM300,000 termaksud tanjaan.

Kedua pengantin itu juga membuat gimik dengan melakonkan semula kisah hidup mereka yang di anggap ‘sampah’ oleh netizen, sekali gus memberi makna mendalam serta memukau kepada 5000 tetamu yang hadir di Magica Monterez Hall, Shah Alam.

Gimik pengantin sampah

Siti Jamumall atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata gimik itu sememangnya dirancang untuk dipersembahkan semasa majlis perkahwinannya supaya dapat membuka mata masyarakat bahawa kisah mereka ini bukan sampah, namun ia adalah permata.

Barisan penaja yang berkolaborasi untuk menjayakan majlis perkahwinan Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah adalah Icely Aiskrim, Duriyummy, Hasbella Teading Sdn Bhd, Chenta Arts Wedding Craft, TRI H Empire, Beaucell Sdn Bhd, AZ Pemurah, Nayang Cool & Yummy, Meemamu, Sambal Seha, Estetika Medispa, CikguCtHomemade dan Raiessa Cosmetic.

Pada 1 Jun lalu, Siti Jamumall memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenar, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.

Artikle Berkaitan :>

Siti Jamumall kemalangan, ibu hampir pengsan

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button