pilihanSukan

S Sivasangari kini dalam ranking 10 terbaik dunia

PEMAIN skuasy wanita nombor satu negara, S Sivasangari berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 terbaik dunia ekoran bejaya mara ke pusingan ketika Kejohanan Skuasy Dunia di Kaherah, Mesir baru-baru ini.
Dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Jelajah PSA Wanita, semalam, Sivasangari yang turut cemerlang dalam Kejohanan Klasik London bulan lalu, mendaki satu lagi kedudukan.
Ini menjadikan beliau muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern.
Bagaimanapun tiga tangga teratas  dikuasai para pemain Mesir iaitu Nour El Sherbini, Nouran Gohar dan Hania El Hammamy.
Pemain lelaki negara, Ng Eain Yow, turut menunjukkan perkembangan positif  apabila kini berada di tangga ke-15 dunia. –SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button