Sukan

KBS suntik dana RM30k kepada Persatuan Woodball Perlis

Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) telah mendapat suntikan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia sebanyak RM30,000.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh dalam ucapanya telah meluluskan peruntukan tersebut bagi tujuan pelaksanaan sebarang aktiviti persatuan, Komuniti dan juga penganjuran pertandingan sukan Woodball di negeri Perlis.

Hannah Yeoh telah menghadiri program ‘Mari Mencuba Woodball’ yang telah dianjurkan oleh PWNPs bersempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Perlis di Laman Woodball Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar sempena lawatan kerjanya ke negeri Perlis selama dua hari baru-baru ini.

Menyambut kehadiran Hannah Yeoh ialah Presiden PWNPs, Datuk Profesor Emeritus Ir Dr. Kamarudin Hussin dan Pemangku Pengarah Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Perlis, Mohd Hanaffi A. Rahman serta pemain-pemain Woodball Perlis yang lebih dikenali sebagai ‘The Perlis Woodpeckers’.

Persatuan Woodball Negeri Perlis pada ketika ini dalam perancangan untuk menganjurkan beberapa pertandingan besar bagi mengisi kalendar tahunannya termasuklah Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra bermula pada 22 Jun hingga 12 Oktober 2024 yang merupakan Liga Antara Jabatan Negeri ini dan juga Perlis Open pada bulan Oktober 2024 nanti.

Dalam perkembangan lain, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Penaung Diraja PWNPs yang mempelopori sukan woodball di negeri Perlis menzahirkan rasa suka cita atas suntikan dana dari pihak KBS tersebut. Baginda berharap agar dana yang diluluskan akan digunakan dengan sebaiknya oleh pihak persatuan khususnya bagi penganjuran pertandingan-pertandingan dalam merancakkan lagi sektor pelancongan sukan negeri ini khususnya sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung.

Tuanku Pemangku Raja juga menyarankan seberapa banyak agensi kerajaan dan juga swasta di negeri ini mendaftarkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan woodball merebut Piala Tuanku Syed Faizuddin Putra pada tahun ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button