Hiburan

Rumah tangga Hafiz Shuib jadi tanda tanya

BARU-baru ini media melaporkan Hafiz Shuib dikatakan ada pergolakan rumah tangga bersama Nureffy Jasreel lagi kuat dakwaan itu, penyanyi tidak menyambut ulang tahun isterinya.

Namun menurut pengurus itu dakwaan itu adalah tidak benar.

Terbaru menerusi TikTok, Hafiz memuat naik gambar bersama dua anak lelakinya itu dan memberitahu dia amat rindu untuk berjumpa anak-anaknya.

‘Rindu mereka (anak-anak) sangat. Goyah ke tu? #TerusBersinar #JanganMainApi
Dengan tanda pagar yang mencuri perhatian warganet.

Rata-rata netizen juga berteka-teki berkenaan status perkahwinan mereka sehingga ada yang membuat spekulasi dan andaian masing-masing.

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Terdahulu, Hafiz dikatakan menghilangkan diri selepas dia bertindak menyahaktif atau ‘deactived’ akaun Instagram miliknya.

Artikle Berkaitan :>

Hafiz Suip Terus Bersinar dengan single terbaharunya

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button