Nasional

RM759,738 peruntukan wakalah zakat korporat SSM diserah kepada golongan asnaf

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat sebanyak RM759,748 kepada golongan asnaf di seluruh negara sehingga 31 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula, sebanyak RM231,939 telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Hari ini, sebanyak 60 orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan menerima bakul makanan bernilai RM100 yang disumbangkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Kita turut menyerahkan sumbangan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) untuk memenuhi keperluan OKU di bawah seliaan mereka,” katanya.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Presiden PPOBM, Encik Muhammad Huzaifah Ahmad dalam satu majlis di pejabat PPOBM hari ini

Menurut Nor Azimah, program ini dilaksanakan sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh golongan OKU cacat penglihatan dalam mengharungi cabaran COVID-19 melalui peruntukan wakalah zakat korporat dan CSR SSM.

Dalam pada itu, Nor Azimah berkata, pihaknya turut mengunjungi dua orang pesara SSM yang mengalami masalah kesihatan seperti jantung dan buah pinggang.

“Dalam kunjungan itu, kita telah menyumbangkan bakul makanan dan wang tunai sebanyak RM1,000 di kediaman mereka yang terletak di Batu Caves, Selangor dan Setapak, Kuala Lumpur,” katanya. -SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button