Nasional

RM1.7 juta diperuntukan untuk program e-dagang, pendigitalan usahawan luar bandar

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta bagi mempergiatkan program e-dagang dan pendigitalan kepada usahawan luar bandar di bawah bimbingannya.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dalam kenyataannya berkata, Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) ini menyasarkan penyertaan 1,000 usahawan pada tahun ini.

Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4/2023 di Shah Alam, Shah Alam, Selangor. – GAMBAR KKDW

“PPU diperkenalkan bagi memberi kursus atau latihan secara praktikal untuk membolehkan usahawan desa mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan.

“Selain melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan di bawah 10 modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.

“Impak jangka panjang program adalah kecekapan dan produktiviti yang ditambah baik yang dapat mengurangkan masa dan kos, memudahkan pengurusan data dan dokumen, proses ketelusan dan kebolehlihatan (visibility) perniagaan dapat ditingkatkan dan mematuhi pemiawaian (standardization) proses dan peraturan semasa,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 4/2023 di Shah Alam, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokal dan Pentadbir Desamall, Ahmad Shah Wahid.

Selain agensi KKDW, rakan strategik Program Desamall mencakupi Rural Capital Berhad, CELCOMDIGI, Shopee, Maybank Sama-sama Lokal, Halal Development Corporation (HDC), BoostBiz, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam PETRON dan Foodpanda.

Program ini turut dibantu dengan penyertaan TikTok Malaysia, Troopers, Peasy, dan IPvolusi.

Untuk rekod lebih 60,000 usahawan desa berada di bawah ekosistem keusahawanan KKDW.

Inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (E-Commerce). – SM

BACA KPLB pergiat program pendigitalan usahawan luar bandar

BACA Dana pinjaman RM10 bilion dalam Bajet 2023 galak automasi, pendigitalan sektor PKS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button