Ekonomi

Ringgit merosot berbanding Dolar AS semasa pembukaan

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS kerana kesan dari suasana optimis di kalangan pelabur terhadap Dolar AS terus mengukuh pasca mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu lalu.

Pada jam 9 pagi, nota tempatan merosot ke 4.1430 berbanding Dolar AS dari 4.1380 pada penutupan Jumaat lalu.

Ringgit juga dibuka bercampur-campur dengan sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding Dolar Singapura ke 3.0787 berbanding 3.0851 pada penutupan Jumaat lalu, mengukuh berbanding Pound ke 5.7269 dari 5.7526 dan naik berbanding Euro ke 4.9173 dari 4.9308.

Bagaimanapun, mata wang tempatan melemah berbanding Yen Jepun kepada 3.7585 daripada 3.7570 sebelumnya. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button