Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam sesi dagangan awal

Manakala Bursa Malaysia memulakan urus niaga dalam aliran rendah

Bursa Malaysia memulakan urus niaga dalam aliran rendah sesi awal dagangan hari ini kerana kebimbangan mengenai kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat untuk mengatasi penyebaran jangkitan Covid-19 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada jam 9.11 pagi, penanda aras FBM KLCI turun 4.48 mata kepada 1,570.84 dari penutupan semalam pada 1,575.32. Pada sesi pembukaan pagi ini, indeks FBM KLCI turun 5.89 mata kepada 1,569.43.

Pada sesi penutupan semalam, saham rugi mengatasi kaunter untung 363 hingga 187, sementara 281 kaunter tidak berubah, 1,381 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Manakala jumlah dagangan berjumlah 574.6 juta bernilai RM275.39 juta.

Sementara itu mata wang Ringgit diniagakan tinggi pada 4.1390 berbanding Dolar AS 4.1445 yang dicatakan petang semalam.

Sementara itu, wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit turun berbanding Dolar Singapura kepada 3.1099 dari penutupan semalam pada 3.1080, dan sedikit menurun berbanding Pound Britain kepada 5.8699 daripada 5.8520 berbanding sebelumnya.

Mata wang tempatan turun berbanding Euro kepada 5.0637 dari 5.0505 semalam, tetapi naik berbanding Yen kepada 3.8028 dari 3.8030 pada penutupan semalam. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button