Hiburan

Debat dengan artis Israel, Caprice tenang, Shiraz ‘koyak teruk’

PENYANYI, Caprice pada semalam telah melakukan satu panggilan video bersama artis dari Israel, Shiraz dan disiarkan di akaun Instagram penyanyi itu.

Sebelum bersiaran, Caprice sebelum itu telah meminta semua peminat dan netizen yang ingin melihat sesi ‘live IG’ tersebut supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta semua mengawal emosi.

Namun, perkara sebaliknya yang berlaku apabila Shiraz yang nampak lebih ‘koyak’ dan gagal mengawal emosinya ketika berdebat dengan Caprice.

Shiraz dilihat gagal mengawal emosinya dan sering meninggi suara terutamanya ketika Caprice mengajukan soalan berkaitan fakta mengenai Palestin dan Israel.

Selain Shiraz, Carice juga sempat berdebat dengan seorang lagi wanita dari Israel yang ternyata lebih emosi berbanding Shiraz.

Malah, wanita tersebut langsung tidak memberi peluang kepada Caprice untuk mengeluarkan hujah dan mematahkan segala fakta dengan begitu emosi sedangkan hakikat sebenar tidak seperti yang dia war-warkan.

Namun, sehingga ke akhir sesi live IG tersebut, Caprice kekal tenang dan hanya mengeluarkan fakta berkenaan Palestin dan Israel sehingga ada detik yang membuatkan kedua-dua mereka terdiam seketika.

Ketenangan Caprice dalam sesi yang ditonton kira-kira 200,000 orang itu turut mendapat pujian rakan selebriti dan netizen sehingga namanya trending di Twitter.

Terbaharu, Israel dan pihak Hamas telah bersetuju untuk melakukan gencatan senjata.

Gencatan senjata itu bermakna kemenangan berpihak kepada Palestin berikutan Israel terlebih dahulu bersetuju melakukan hal tersebut. -SM

(Visited 1,179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button