Ekonomi

Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar

RINGGIT  diniagakan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini ekoran diasak tekanan berikutan faktor konflik di Timur Tengah yang berlanjutan.
Pada pukul 9 pagi ini, unit tempatan itu susut kepada 4.7775/7830 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu, pasaran mata wang akan terus menyaksikan keadaan tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
“Ringgit dijangka kekal dalam keadaan semasa dan sebagaimana prestasi semalam. Kebimbangan mengenai konflik Hamas-Israel menjadi tumpuan utama dan akan terus menjejaskan sentimen pasaran.
“Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS dijangka mencecah paras 5.0 peratus, sekali gus membayangkan bahawa pasaran bon menyaksikan premium inflasi dan dijangka memacu hasil jangka panjang lebih tinggi,” katanya. – SM
(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button