Politik

Muktamar Pas 2023: Afnan Hamimi Ketua Pemuda Pas yang baharu, Nuridah Kekal Ketua Muslimat

Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menang tanpa bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat bagi penggal 2023-2025.
Memetik laporan BERNAMA, Afnan Hamimi yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda, menggantikan bekas ketuanya Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahan jawatan itu, selepas sepenggal menerajui sayap kanan parti berkenaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Perak Mohd Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin selaku Naib Ketua Pemuda dengan masing-masing juga menang tanpa bertanding.
Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Datuk Dr Abdul Halim Tamuri, dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-64 yang berlangsung di sini hari ini.
Dalam pada itu, penyandang Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Nuridah Salleh, kekal menerajui sayap parti itu bagi penggal akan datang, apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.
Turut dipilih semula ialah Dr Rosni Adam selaku Timbalan Ketua dan Salamiah Mohd Nor sebagai Naib Ketua, apabila turut menang tanpa bertanding.
Ini sekali gus melengkapkan senarai jawatankuasa kerja tiga sayap utama Pas, selepas semua Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat turut mengekalkan jawatan masing-masing, bagi sesi pemilihan 2023-2025.
Esok Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 akan bermula dengan perasmian dan ucapan dasar Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button