fbpx
Jenayah

Reman terhadap suspek bunuh Siti Nur Surya dilanjutkan tujuh hari lagi

MAHKAMAH Majistret Marang melanjutkan perintah reman selama tujuh harin lagi terhadap pelajar Tingkatan Enam yang disyaki terbabit kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, disambung tujuh hari lagi hingga Isnin depan.

Perintah perlanjutan itu di keluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda ke atas suspek perempuan berusia 19 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek sebelum ini sudah direman selama tujuh hari sejak 3 November lalu.

Polis memohon pelanjutan reman untuk melengkapkan siasatan.

Dalam kejadian pada 1 November lalu Siti Nur Surya ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong.


Mayat mangsa ditemukan adik perempuannya berusia 15 tahun ketika pulang dari sekolah kira-kira pukul 2.30 petang.

Suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa hingga Tingkatan Lima, ditahan selepas tampil ke Balai Polis Telemong bersama ibunya pada pagi 2 November.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, sebelum dilaporkan oleh media sebagai berkata, suspek ditangkap berdasarkan bukti ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button