NasionalpilihanUncategorized

Remaja 19 tahun ditahan kerana memiliki dan mempromosi bahan porno kanak-kanak

SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kerana memiliki dan dipercayai terlibat dalam mempromosikan akvititi seksual kanak-kanak di media sosial di Semenyih, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 16 Jun lalu kira-kira pukul 6 petang.

“Dalam serbuan tersebut polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video.

“Kesemua bahan itu dipercayai bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral ini kepada umum dan pihak tertentu,” katanya.

Menurut Mohd Zaid, suspek sedang ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. -SM

(Visited 1,396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button