fbpx
Bola SepakSukan

Reds semakin gah, Man. City ke final

Liverpool semakin sukar digugat apabila mencatat lima kemenangan bergaya berturut-turut dengan membenam West Ham 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Bintang Mesir Mohammed Salah meletakkan Reds di depan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35. Alex Oxlade Chamberlain mengukuhkan kedudukan sehingga wisel penamat.

Kemenangan itu menguatkan lagi keyakinan Liverpool dalam memburu mahkota liga musim ini.

Sementara itu, dalam aksi separuh akhir kedua Piala Carabao, Manchester City menamatkan perjuangan Manchester United dengan kemenangan agregat 3-2 walaupun mereka tewas 0-1 dalam pertemuan kedua ini.

Berbekalkan kemenangan 3-1 dalam awal pertemuan di Old Trafford, City gagal mengulangi aksi yang sama apabila dikejutkan dengan jaringan Nemanja Matic. City yang memburu kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam kejohanan ini akan menentang Aston Villa dalam perlawanan akhir.


Show More

Related Articles

Back to top button