NasionalNegeri

Rebut dan isi 2,000 pekerjaan dalam Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia

KALAULAH dihitung secara kasar angka pengangguran dalam negara ialah 800,000, Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia Perlis menawarkan 2,000 peluang pekerjaan kepada nak negeri.

Sasaran untuk mengisi 2,000 peluang pekerjaan semestinya ke arah graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekiranya golongan ini bermentaliti tidak memlilih pekerjaan.

Kesempatan untuk merebut peluang pekerjaan yang disediakan ini berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra selama dua hari, bermula semalam dan berakhir hari ini.

Karnival JaminKerja Keluarga Malaysia Perlis adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat dalam Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis.

Di dalam program tersebut, ditampilkan 22 majikan yang menawarkan pelbagai pekerjaan khususnya dalam bidang elektronik, perhotelan, peruncitan dan perkhidmatan.

Setakat ini seramai 770 pra pendaftaran secara dalam talian diterima bagi mengisi tawaran pekerjaan. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button