Sukan

Real Madrid Juara Eropah kali ke-15

SEPERTI dijangka, Real Madrid tidak menghadapi masalah untuk muncul juara Liga Juara-Juara apabila mudah mengetepikan cabaran Borussia Dortmund di Wembley.

Read menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ke-15 apabila menewaskan Borussia Dortmund 2-0 pada perlawanan akhir di London.

Dani Carvajal dan Vinicius Jr menjadi wira Real dengan meledak gol kemenangan biarpun mereka dilihat lebih banyak diasak oleh Dortmund.

Carvajal menanduk bola sepakan sudut diambil Toni Kroos pada minit ke-74, dan hanya selepas jaringan itu skuad kendalian Carlo Ancelotti mula mendominasi permainan.

Vinicius menolak masuk gol kedua Real pada minit ke-83 untuk memastikan gelaran Eropah ke-15 Real.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button