Nasional

Razak Baginda harus disoal siasat semula

PIHAK berkuasa harus memanggil balik bekas penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda  dalam merungkai misteri kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kira-kira 13 tahun lalu.

Kes pembunuhan itu muncul kembali Isnin 16 Disember lalu. Ia apabila
Azilah Hadri, yang menunggu hukuman gantung, membuat pengakuan mengejutkan setelah mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkannya membunuh  Altantuya pada 2006.

Bekas anggota polis berpangkat Cif Inspektor itu dalam Akuan Bersumpahnya (SD) bertarikh 17 Oktober lalu juga mendakwa Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri (TPM) turut mengarahkannya melupuskan mayat wanita itu.

Razak Baginda (yang juga rakan akrab  Najib)  dilaporkan dalam kes itu sebagai kekasih Altantuya, 28, seorang model dan penterjemah.

Altantuya dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 19 Oktober 2006 ketika melawat Malaysia.

Pada 6 November, media melaporkan mayatnya ditemui dalam keadaan tragis selepas diletupkan di kawasan hutan di Puncak Alam.

Pada hari berikutnya, pihak polis dilaporkan menangkap tiga pegawainya. Razak Baginda pula ditangkap pada 8 November tahun itu.

Minggu berikutnya, 15 November, anggota polis elit Azilah dan Sirul Azhar Umar dituduh membunuh Altantuya.

Pada hari berikutnya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pada masa sama, seorang lagi bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang sebelum itu didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya  mesti dibawa pulang ke tanah air  selepas melarikan diri ke Australia sejak 2014, untuk membuat pengakuan.

Selepas itu barulah kita rakyat Malaysia tahu siapa yang benar atau salah.

Dan bagaimana C4  bahan untuk meletupkan bangunan, digunakan atau diambil dari punca mana, dalam insiden tragis tersebut.

Adakah mendiang Altantuya diletupkan selepas ditembak? Itu dua jenayah yang berasingan. Mati ditembak, kemudian diletupkan.

Siapa yang keluarkan arahan? Adakah mangsa mengandung, sehingga perlu diletupkan untuk melupuskan bukti?

Mahkamah kena lihat sahsiah seseorang ketika membuat pengakuan. Adakah dipandu atau disokong  dengan  suasana/situasi?

Masa bercakap antara suspek dan pihak yang keluarkan arahan “bunuh Altantuya”, adakah mereka berdua sahaja?  Di mana mereka bercakap? Di hotel mana?

Sirul Azhar harus  segera dibawa balik ke Malaysia untuk merungkai misteri pembunuhan wanita Mongolia itu yang telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Wisma Putra boleh mengemukakan permohonan secara rasmi kepada kerajaan Australia untuk membawa Sirul Azhar balik.

DNA dalam kes jenayah pembunuhan Altantuya diterima dunia sebagai bukti inklusif.

Razak Baginda mesti disoal siasat semula. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button