MahkamahNasional

Rayuan Najib kes SRC International masih tunggu keputusan

Derma Arab tidak boleh dipertahankan

INTAI sekejap dari Istana Kehakiman, kamar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Karim memutuskan dakwaan pihak pembelaan bahawa wang yang dipindahkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma Arab yang tidak boleh dipertahankan.

Beliau memutuskan bahawa jika ia benar-benar derma Arab maka tidak ada sebab untuk wang itu terlebih dahulu didepositkan ke dalam akaun SRC International yang merupakan entiti milik penuh Kementerian Kewangan.

Menurut Hakim, Najib tahu tentang RM42 juta dalam akaunnya, wang diselewengkan.

Hakim Karim memutuskan bahawa Najib mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta yang masuk ke dalam akaunnya antara 2014 dan 2015.

Terdahulu, pada pagi ini, kira-kira pukul 7.50 pagi di  Istana Kehakiman, susulan usaha gagal mengemukakan bukti baharu semalam, bekas perdana menteri Najib Tun Razak akan mengetahui sama ada beliau berjaya dalam rayuannya untuk membatalkan sabitan, denda RM210 juta dan penjara 12 tahun dalam kes SRC Intrnational melibatkan dana RM42 juta.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil akan menyampaikan keputusan itu melalui prosiding zoom hibrid pagi ini sama ada membenarkan rayuan Najib membatalkan keputusan bersalahnya serta menjatuhkan hukuman bagi tujuh pertuduhan merangkumi penyalahgunaan kuasa, pelanggaran jenayah. amanah dan pengubahan wang haram.

Ahli panel Hakim yang lain ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera. – SUMBER MALAYSIAKINI-SM

(Visited 291 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button