Ratu Rock Ella kini Queen of Chilie
KUALA LUMPUR – Mendekatkan diri dalam bidang pertanian adalah suatu perkara yang tidak terfikir mahupun terlintas di fikiran para peminat Ratu Rock Negara, Ella.
Mungkin bagi dirinya sendiri Ella juga tidak pernah terfikir akan terlibat dalam bidang fertagsi.
Akan tetapu, tulang belakang yang mendukung Ella untuk menceburi bidang pertanian khususnya penanaman cili besar semestinya sang suaminya, Kapten Azhar.
Selain suami, adik beradik, ipar duai dan seluruh keluarga Ella menyokong usaha Ella yang mana, langkahnya ini lebih kepada perancangan masa hadapan.
Suka atau tidak, bidang seni ada pasang dan surutnya. Pasang ketika di usia muda dan berada di puncak, surut apabila usia semakin meningkat dan kemunculan artis-artis baharu yang jauh lebih muda dengan kulit masih tegang biarpun nyanyian secara live ala-ala ke Lautan Pasifik atau Lautan Hindi.
Langkah Ella dari Ratu Rock kepada Queen of Chilie dikongsi dalam media sosial abang iparnya, Shayrizal Ismail, suami Jojie.
Sekalung tahniah buat Ella yang melancarkan perniagaannya, Cili Rock Queen, baru-baru ini.
Tulis Syahrizal dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, dia terpesona dengan produk Cili Rock Queen yang dianggapnya luar biasa.
Luar biasa dari sudut saiz cili yang lebih panjang daripada kelaziman saiz, warnanya yang merah menyala dan kesegarannya.
Paling istimewa, pada hemat Syahrizal, produk tersebut adalah campuran Omega 3 iaitu asid lemak yang mengandungi EPA dan DHA yang penting untuk perkembangan dan menajamkan minda.
Sehubungan itu, sebagai pengusaha Restoran Nasi Kandar Melayu Sungai Petani dan turut terbabit dalam penyediaan katering, sajian di restoran akan menggunakan produk Cili Rock Queen dalam bahan masakan.
Selepas Ayu Damit dan suami, Syed Poji yang terlebih dahulu mengusahakan pertanian cili, kini Ella dan Kapten Azhar pula bakal bergelar Jutawan Cili Rock Queen. – SM