Hiburan

Menakutkan bila 60% Melayu bunuh diri sejak Mac hingga Oktober tahun lalu -Ella

RATU Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin meminta semua supaya sentiasa membantu dan memberi sokongan terutamanya ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.
Ella berbuat demikian selepas terbaca satu laporan yang melaporkan sebanyak 266 kematian berpunca daripada bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lalu.
“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu. Rasa kebimbangan dan kemurungan adalah sesuatu yang benar. Ini adalah pembunuh senyap.
“Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecilkan keperluan anda atau sesiapa untuk mendapatkan sokongan dan bantuan,” katanya.
Menurut Ella, dia juga berpesan kepada semua untuk sentiasa mengambil berat terhadap keluarga atau kawan terdekat kerana mungkin ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin rawatan kaunseling atau psikologi.
Jelasnya, tiada apa yang perlu dimalukan jika seseorang itu memerlukan bantuan sedemikian.
“Saya cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat dan memberi sokongan.
“Di saat pandemik ini, tanya khabarlah mereka yang berdekatan sama ada kerabat, saudara mara, teman ataupun jiran,” katanya.
Tambahnya, bantuan tidak semestinya dalam bentuk kewangan, menjadi tempan bercakap pun kadang-kadang lebih besar makna dan nilainya. -SM
(Visited 12,655 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button