Nasionalpilihan

Rasuah kontrak pembersihan, eksekutif wanita pasar raya terkemuka ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan seorang eksekutif wanita sebuah pasar raya terkemuka bagi membantu siasatan berhubung kes permintaan dan penerimaan rasuah daripada dua buah syarikat pembersihan berjumlah hampir RM40,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 3.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kontrak pembersihan.

“Kontrak pembersihan itu melibatkan beberapa bangunan pasar raya tersebut yang terletak di beberapa kawasan sekitar Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi esok untuk permohonan reman. -SM

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button