Politik

Rangsangan ekonomi: PH takkan buat seperti PN

PAKATAN HARAPAN (PH) mungkin tidak akan mampu buat seperti Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya masih lagi mentadbir negara.

Dalam keadaan negara yang berhadapan tekanan ekonomi dan krisis kesihatan berikutan pandemik Koronavirus (Covid-19), PH dilihat tidak mempunyai pengalaman.

Malah, jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan kebajikan rakyat terbela walaupun bukan dalam situasi kritikal seperti hari ini.

Hal demikian dapat dilihat menerusi bantuan-bantuan yang pernah diberikan Kerajaan BN dan jika dibandingkan dengan PH, banyak pengurangan dilakukan.

“Zaman Guan Eng DAP (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) jadi Menteri Kewangan, Kerajaan PH lebih pemurah, tidak terlalu berjimat cermat berbanding Kerajaan PN jauh sekali dibandingkan Kerajaan BN.

“Masakan tidak, rakyat dapat e-Wallet RM30, PH perkenalkan BSH (Bantuan Sara Hidup) ganti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) (zaman Kerajaan BN).yang mengurangkan penerima daripada 7 juta orang zaman BN kepada hanya 3 juta penerima.

“PH perkenalkan BSH, bagi orang Bujang (40 tahun ke atas) RM100, berbanding BR1M zaman BN orang bujang (21 tahun ke atas) RM450.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan hari ini menempelak Guan Eng mendakwa kerajaan terlalu berjimat cermat.

Dalam Program Minda Profesor Negara yang disiarkan secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) beliau berkata, kerajaan takut untuk beberlanja demi kepentingan rakyat.

Walau bagaimanapun, Asyraf Wajdi membidas apabila mendakwa PH bertindak menjual aset-aset negara yang boleh digunakan ketika situasi pandemi ini.

“Itu tidak termasuk berapa banyak aset-aset strategik dijual atas alasan kononnya nak bayar hutang termasuk menjual pegangan saham Khazanah Nasional bernilai RM8.42 bilion dalam IHH.

“Iaitu syarikat konglomerat kedua terbesar dunia dalam sektor perubatan dan kesihatan (bayangkan kalau kita masih menguasainya di zaman Pandemik yang mana sektor kesihatan paling memuncak).

“Jadi Kerajaan mana yang paling pemurah, banyak berbelanja untuk rakyat dan tidak terlalu berjimat cermat; BN, PH atau PN?” soalnya. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button