Nasional

Rambut saya asli, Siti Kasim jawab Kak Bambino

SINDIRAN seorang warganet bahawa warna rambut Siti Kasim tak akan mengubah hakikat beliau seorang Melayu dijawap penuh sinis oleh peguam itu.

Wargananet yang menggunakan nama Kak Bam itu berkata, tidak ada sebarang produk warna rambut di dunia yang mampu mengubah kenyataan asal usul Siti Kasim seorang Melayu atau warna punggungnya yang hitam.

Kak Bam mengaitkan warna rambut, asal  usul Siti Kasim dan warga punggungnya dengan isu Jawi yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

“Wahai rakan-rakan non-muslimku, mempelajari Jawi tidak akan mengubah kepercayaan agama anak masing-masing.

“Siti Kasim sentiasa mewarnakan rambutnya tetapi dia tetap Melayu. Tiada produk warna rambut di dunia ini yang boleh menukar hakikat asal usul keturunan Melayunya, ataupun warna punggungnya yang hitam,” kata Kak Bam dalam hantaran yang menjadi tular di media sosial.

Siti Kasim yang terkenal dengan gaya rambut berwarna perang kemerah-merahan itu kemudian menjawab sindiran Kak Bam dengan penuh sinis.

“Kak Bambino, pertamanya saya ragu awak pernah melibat punggung perang saya atau mana-mana bahagian badan lain.

“Keduanya, kalau anda nak tahu sangat rambut saya dan &@£&& adalah asli. Ketiganya di mana saya pernah kata bahawa belajar Jawi akan mengubah kepercayaan kanak-kanak.

“Keempat, anda adalah bukti bahawa evolusi boleh berputar ke belakang,” kata Siti Kasim.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button