Politik

Satu lagi siri kezaliman PH terhadap rakyat

KEPUTUSAN JPA memansuhkan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) melalui pekelilingnya pada 20 Disember 2019 lalu merupakan satu lagi siri kezaliman kerajaan Pakatan Harapan terhadap rakyat, khususnya anak muda.

Pekeliling itu menyebut, sebanyak 33 skim penjawat awam lantikan baharu bermula 1 Januari 2020, tidak lagi menerima BIPK. Jumlah elaun adalah beberapa peratus daripada gaji pokok, iaitu 5% (Kumpulan Pengurusan dan Profesional), 10% (Kumpulan Pelaksana), 15% (Jururawat) dan RM750 (Doktor, Pegawai Farmasi dan Penyarah Perubatan).

Penjawat awam yang terlibat menjadi mangsa, antaranya ialah doktor, jururawat, jurutera, pensyarah serta ramai lagi yang terlibat dalam bidang kritikal.

“Kebanyakan mereka telah melalui tempoh pengajian yang sukar selama bertahun-tahun, sebagai contoh, jurusan perubatan dan kejuruteraan. Mereka ini jugalah yang tergolong daripada kalangan pelajar yang paling cemerlang pendidikannya. Kos pengajian mereka juga sangat tinggi,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Mohamad Azri.

Katanya, profesyen mereka menuntut kepakaran yang tinggi, kerja yang tidak mengikut waktu, melibatkan risiko nyawa, tekanan kerja yang tinggi dan bermacam lagi.

Namun, katanya, di bawah kerajaan Pakatan Harapan kini, anak-anak muda golongan siswa akan mengharungi nasib yang sukar. Sudahlah berpuluh ribu perjawatan awam mahu dikurangkan, elaun ini juga mahu dimansuhkan.

“Perkara ini membangkit kemarahan rakyat. Kumpulan doktor khususnya, telah bangkit menyuarakan nasib bakal doktor muda. Bayangkan, selepas dihitung congak, gaji bersih doktor muda tanpa elaun BIPK menjadikan mereka tergolong di kalangan kumpulan B40.

“Pada 27 Disember 2019 yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil kesempatan mengumumkan bahawa Perdana Menteri tangguh seketika keputusan memansuhkan elaun BIPK. Semua orang tahu Syed Saddiq seorang oportunis, sesuka hati melanggar bidang kuasa orang lain asalkan dipandang sebagai hero penyelamat.

“Walhal, keputusan untuk memansuhkan ini sudah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet yang dihadiri oleh Menteri, selepas melalui siri mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Transformasi Penjawat Awam yang juga disertai oleh Menteri sendiri,” katanya,

Katanya, anak muda mendesak agar batalkan segera keputusan mansuh elaun BIPK.

“Jangan berdolak-dalih lagi. Ini soal kebajikan rakyat. Muktamadkan segera dalam Mesyuarat Kabinet!

“Usah jadikan beban kewangan negara sebagai alasan. Kempen-kempen mengarut, projek beli kereta mewah, ke luar negara sana sini tanpa pulangan hasil, kenapa boleh?

“Kepada anak muda, “We Are All Leaders!”

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button