Hiburan

Ramai lelaki tua nak berkenalan dengan Ashira

SEJAK menyertai pertandingan Gegar Vaganza 7 (GV7) ramai yang mula mengenali nama Ashira.

Bila sudah menjadi tumpuan ramai, pasti ada yang cuba mendekati wanita ini apatah lagi dia sudah bergelar janda selama lima tahun.

Menurut Ashira, ramai lelaki yang cuba menghantar mesej kepadanya dengan niat untuk berkenalan dan ada juga yang ingin mengajaknya berkahwin.

“Memang banyak mesej yang saya terima di Instagram dan Facebook. Ada yang siap beritahu yang dia duda lagi.

“Selain itu, siap ada juga yang bagi nombor telefon mereka kepada saya dan ajak saya keluar sebab nak kenal-kenal,” katanya.

Tambah menarik, Ashira memberitahu kebanyakannya lelaki yang menghantar mesej itu adalah mereka yang lebih tua daripadanya.

“Saya tengok juga individu-individu berkenaan, tetapi kebanyakannya ramai yang dah tua-tua.

“Bukanlah saya terlalu memilih, cuma saya ni dah boleh jadi pangkat anak kepada mereka,” ujarnya.

Ashira juga memberitahu yang setakat ini dirinya masih belum terfikir untuk bersama dengan seorang yang bergelar suami.

Jelasnya, mungkin disebabkan terlalu lama hidup solo dan sentiasa bersama dengan anaknya membuatkan dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button