Hiburan

Abby Abadi dituduh kaya kerana jual bayi

SEBELUM ini pelakon dan usahawan, Abby Abadi ada memuat naik gambarnya membantu pasangan suami isteri mendapatkan anak angkat.

Abby juga mengakui yang dia sebelum ini sudah banyak kali membantu pasangan yang belum dikurniakan zuriat untuk mendapatkan anak angkat.

Namun, siapa sangka niat murni Abby itu telah dituduh oleh sesetengah individu yang mengatakan kekayaannya kini adalah hasil daripada aktiviti menjual bayi.

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual baby. Ya ALLAH! Berat tuduhan tu, bila nak minta maaf tu? Tak nampak ke saya dengan suami berkerja berniaga macam-macam?

“Ke sana sini sertai tapak berniaga. Dah macam peniaga pasar malam. Setiap bulan terkejar-kejar nak bayar itu ini sampai marah anak-anak supaya berjimat,” katanya.


Menurut Abby, tuduhan itu dilemparkan terhadapnya di sebuah forum atas talian dan siap memberitahu yang setiap bayi yang diberikannya tidak boleh dipilih.

Jelasnya, dia menganggap semua bayi yang dijaga oleh ibu bapa angkat itu adalah kerana keikhlasan dan bukan memilih ikut kemahuan.

“Biasanya saya akan cerita latar belakang ibu bapa kandung bayi itu. Sah ke tidak, warganegara atau bukan. Semua saya beritahu awal-awal.

“Penat nak menjawab fitnah-fitnah mcm ini. Saya sehabis baik tolong semampunya dan mempunyai suami yang menyokong usaha saya,” ujarnya.

Menurutnya, ada juga komen yang mengatakan bahawa dia meletakkan syarat iaitu mengenakan bayaran untuk ambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Jelasnya, ia sebenarnya adalah kos untuk ibu bayi tersebut bersalin memandangkan ada yang bersalin di hospital swasta serta membabitkan kos berpantang.

“Pastu ada yang komen kat forum tu syarat saya nak ambil takde yang free… Aiyooo, bersalin sendiri pun ada kos. Kos tu untuk mak baby la.. dah diaorang bersalin tu ingat main-main ke?

“Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5k, RM7k, RM10k, RM15k. Memang ada bil yang tinggi macam tu. Sebab tu saya cari yang mampu,” jelasnya. -SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button