Ramai balik mengundi, ini satu trend – Muhyiddin
BERMULA pukul 8 pagi ini menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan sebanyak 2.5 juta rakyat negeri Johor keluar memilih siapakah calon-calon yang akan diangkat untuk menjadi pemimpin. Pertambahan 30 peratus dengan 749, 731 pengundi muda.
Rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan terdapat 148 juta pengundi yang ada di negeri Johor ini.
Setelah tamat tempoh dua minggu berkempen, hari ini merupakan hari penentuan sama ada kempen yang telah dibuat oleh semua calon yang bertanding dan meraih undi, berkesan .
Bukan sekadar berkesan tetapi juga mampu menjadi tarikan untuk pengundi memangkah calon berkenaan.
Dalam pilihan raya, untuk membuat pilihan, timbul persoalan pengundi memilih atau memangkah parti atau calon?
Pada pandangan sesetengah pengundi, mereka mahu mendengar isu apakah yang diangkat oleh calon yang bertanding di kawasan-kawasan dan isu itu haruslah yang memberi manfaat kepada masyarakat atau penduduk.
Tidak kisah nak berebut lapan kerusi panas ke 10 kerusi panas DUN PRN Johor oleh calon-calon yang bertanding tetapi yang dipentingkan oleh para pengundi yang memilih hari ini ialah calon yang bertanding itu, selepas menang, mampukah merealisasikan apa yang dijaja mereka sepanjang tempoh berkempen.
Jangan selepas PRN ini, mereka yang dah menang dan dimenangkan oleh pengundi, bersikap seperti habis madu sepah dibuang. Nak nampak batang hidung pun, susah.
Gerak tempur calon-calon pun sama aje. Bekerja ketika berkempen, tidak buat program bersifat inklusif untuk penduduk yang telah mengundi ‘tuan-tuan atau puan-puan calon’.
Itulah sebabnya keluar kata-kata daripada orang ramai, “kalau tak pilihan raya, tak masuklah ke kawasan atau kampung kami.
“Kalau pilihanraya, barulah masuk sebab nak undi. Itu memang lazimnya yang terjadi.”
Sejak malam tadi, rakan-rakan memaklumkan, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Selatan sesak dengan kenderaan.
Kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin usai melunaskan tanggungjawab beliau sebagai pengundi, malam tadi Muar sesak dengan pengundi balik beramai-ramai.
“Mungkin selesai jam 5 petang, tinjauan saya di kawasan-kawasan Johor, trend perkembangan menggalakkan,” kata Muhyiddin.
Pengundi anak-anak Johor ramai-ramai balik untuk mengundi dan kalau SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memberi statistik lebih 70 peratus keluar mengundi, ia menandakan sesuatu kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Tidak mahu membuat ramalan seperti Nujum Pak Belalang, kalau tak nampak, maknanya…
Tunggu kenyataan rasmi peratusan keluar mengundi daripada SPR mengikut waktu pagi, tengah hari dan petang. – SM