Sukan

Raja Puan Muda Perlis sempurnakan penutup program ragbi bersama murid Tabika Perlis

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penutup Klinik Ragbi Bersama-sama Kanak-Kanak Tabika KEMAS Perlis sempena Kejohanan Ragbi Perlis Royal 7’s 2024 di Padang B, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perlis, Mohd Azraai Tusimin.

Turut hadir sama adalah Pengarah KEMAS Negeri Perlis, Mohd Zaki Haji Ismal dan Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis Sektor Pembangunan Murid, Che Rasaidi Che Yob.

Klinik ragbi ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Jabatan Kemajuan Masyarat (KEMAS) Negeri Perlis dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

Seramai lebih 200 orang kanak-kanak Tabika KEMAS dan 30 orang Pendidik Masyarakat telah terlibat bagi menjayakan klinik ini.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan untuk menyempurnakan simbolik penutup klinik ini dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di stesen-stesen yang disediakan. Antara aktiviti termasuklah ‘warm up’, ‘skill and technique’ serta ‘fun games’ yang dikendalikan oleh Koordinator Latihan dan Pendidikan Kesatuan Ragbi Malaysia, Mohd Irwan Abdol.

Tuanku Raja Puan Muda menzahirkan agar klinik sukan seumpama ini perlu diperbanyakkan lagi dan diketengahkan bagi melahirkan serta mencungkil bakat anak-anak Perlis dalam bidang sukan. Pendedahan awal pada usia muda penting bagi menerapkan teras dan asas dalam diri setiap pelajar.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button