Berita

Raja Puan Muda Perlis lancar Hari Taska Peringkat Negeri Perlis

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Hari Taska Peringkat Negeri Perlis 2021’ yang diadakan di Dewan Mak Teh, Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh di Jalan Raja Muda, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Penaung DiRaja Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia ke program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Taska Negeri Perlis itu disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohamad Hazam Ismail dan Pengerusi Persatuan Pengusaha TASKA Negeri Perlis, Sumayyah Mohamed Radzi.

Hari TASKA Peringkat Negeri Perlis disambut pada bulan April setiap tahun. Pada tahun ini ia dilaksanakan dalam suasana yang agak berbeza dengan mengamalkan norma baharu memandangkan negara masih berjuang dalam memutuskan rangkaian penularan wabak pandemik Covid-19.

Menurut Mohamad Hazam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetap
berusaha merealisasikan sambutan ini bagi memastikan penyertaan dan
pengiktirafan kanak-kanak tetap menjadi agenda utama dalam perkhidmatan Jabatan.

Tambah beliau, tujuan Hari TASKA ini diadakan adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha TASKA dalam Negeri Perlis dan mencetuskan kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan TASKA dan kebaikan TASKA kepada Ibubapa, serta anak-anak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button