Nasional

Simbiosis orang awam dan pihak berkuasa perangi pandemik – Raja Muda Perlis

Kuala Perlis.
4 April 2021.

Slogan ‘Kita Semua Adalah Frontliner’ merupakan manifestasi bagi menunjukkan bahawa setiap jiwa yang merdeka itu adalah bertanggungjawab ke atas negara tumpah darahnya. Ini merupakan simbiosis antara orang awam dan pihak berkuasa yang saling membantu bagi menangani pandemik yang melanda negara dan dunia khasnya, dan mempertahankan negara amnya.

Askar Wataniah merupakan platform ideal bagi menyumbang bakti kepada negara dan membantu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara daripada sebarang anasir yang tidak diingini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Pelancaran Latihan Rejimen 504 Askar Wataniah, Tahun 2021’ yang diadakan di perkarangan Dewan Semarak Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis

Keberangkatan tiba baginda selaku Tuanku Komander rejimen berkenaan disambut oleh Panglima Briged Ke-30 Infantri, Brigadier Jeneral Mohd Zaki Abu dan Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof serta Ketua-ketua agensi Negeri dan Persekutuan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga memaklumkan bahawa pendaftaran masuk dan penglibatan anggota sukarela bagi latihan tempatan rejimen yang “Di Latih Untuk Perang” itu pada tahun ini telah meningkat sebanyak 5 kali ganda bagi kumpulan anak watan Perlis. Baginda berharap mereka akan sentiasa mahu mendalami ilmu ketenteraan dan akan terus hadir memberikan sokongan terhadap segala latihan dan aktiviti yang dilaksanakan.

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button