Politik

BERSATU tuntut PRK Parlimen Labuan

KUALA LUMPUR: Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi P.166 Parlimen Labuan susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April 2025 yang membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan YB Dato’ Indera Suhaili Abdul Rahman terhadap BERSATU.

“Memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan YB Dato’ Indera Suhaili, maka jelas alasan yang dijadikan sandaran oleh YB Tan Sri Speaker untuk tidak mengosongkan kerusi P.166 Labuan dan menolak permohonan saya dalam surat terdahulu bertarikh 9 Julai 2024, sudah tidak lagi relevan dan terpakai.

“Oleh itu, YB Tan Sri Speaker tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghormati dan menjunjung mulia Perlembagaan Persekutuan dengan membuat perisytiharan bahawa berlaku kekosongan bagi kerusi P.166 Parlimen Labuan untuk membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat ketetapan untuk suatu pilihan raya kecil diadakan segera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button