KesihatanNasionalNegeri

Raja Puan Muda berkenan menutup Webinar “Wanita Sihat, Anggun, Berkarisma”

RAJA Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertajuk “Wanita Sihat, Anggun, Berkarisma” di Auditorium Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri di Kangar.

Keberangkatan tiba Raja Puan Muda merangkap Pengerusi YTF ke program sehari anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama-sama YTF itu disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ismuni Bohari.

Terdahulu daripada itu pada sebelah paginya ketika merasmikan pembukaan webinar berkenaan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain kecantikan dan anggun, menjadi seorang yang berkarisma juga impian wanita.

Baginda bertitah, wanita berkarisma ini perlu mempunyai kualiti daya kepimpinan serta daya penarik yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi ’role model’ kepada masyarakat.


Antara ciri-ciri wanita berkarisma adalah percaya diri, rendah hati, bersikap positif, memiliki aura yang tersirat dan bersikap tenang dan lebih memilih untuk mendengar.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, dalam konteks wanita mengimbangi antara kerjaya dan keluarga merupakan tugasan yang berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Untuk terus kekal anggun dan berkarisma, elemen penting yang perlu diberi perhatian adalah kesihatan wanita secara menyeluruh meliputi fizikal dan mental yang menjadi tunjang kepada intipati webinar tersebut’.

Antara topik menarik yang dikongsikan di program tersebut ialah ‘Wanita dan Kesihatan’ oleh Pakar Perubatan Keluarga, JKN Perlis Dr Aina Najmi Azizan, serta ‘Sihat Minda’ Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kesihatan Mental, Pencegahan Kecederaan dan Keganasan Dan Penyalahgunaan Substans, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia Dr Nurashikin Ibrahim.

Bual Bicara dengan topik ‘Wanita Sihat, Anggun Berkarisma’ dibincangkan oleh Pegawai Farmasi JKN Perlis Ruhaya Muhamad Razali dan Pakar Pergigian Restoratif JKN Perlis Dr. Ismaliza Ali.

Ia dimoderatorkan oleh Pakar Perubatan Keluarga JKN Perlis Nur Khaniza Kaman.

Sesi pada sebelah petangnya disambung dengan tajuk ‘Remaja Sihat Minda’ oleh
Dr Nurashikin sekali lagi dan disusuli sesi Bual Bicara ‘Peluang Kerjaya Dalam Institusi Kesihatan’ oleh Dr Ismuni sendiri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) JKN Perlis Dr. Khairol Niza Ahmad, Pegawai Farmasi JKN Perlis Mohd Shainol Azmar Kassim dan Ketua Penyelia Jururawat Negeri Lim Ai Choo.

Sesi itu dimoderatorkan oleh Pegawai Kaunselor JKN Perlis Mohd Afiq Ismail. – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button