Nasionalpilihan

Raja Perlis terima mengadap Pengerusi RRD di Istana Arau

RAJA PERLIS, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengerusi Rejimen Renjer DiRaja (RRD), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa di Balai Menghadap Biru Istana Arau hari ini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia.

Di majlis sembah mengadap tersebut Dzulkafli mengangkat maklum kepada Tuanku Raja selaku Tuanku Kolonel Yang DiPertua RRD mengenai perancangan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 1 RRD pada tahun hadapan, Rancangan Acara-acara RRD yang melibatkan keberangkatan baginda bagi separuh kedua tahun 2022 dan awal 2023 serta majlis sembah kenal Pegawai-Pegawai Kanan RRD berpangkat Brigedier Jeneral ke atas.


Antara senarai para pegawai kanan RRD yang hadir terdirilah daripada Mejar Jeneral Abdul Rahman A. Wahab, Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng, Brigedier Jeneral Sarman Bahrom, Brigedier Jeneral Shamsor Jaafar dan Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib.

Turut serta ialah Brigedier Jeneral Abu Hassan Assha’ari Kamis @ Shaffiee, Brigedier Jeneral Kamaralzaman Abd Aziz, Brigedier Jeneral Hashim Osman dan Setiausaha RRD, Kolonel Wan Edenin Wan Mahsin. – SM

Artikel berkaitan > Raja Perlis sempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-4

(Visited 150 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button