Nasional

Raja Perlis berkenan hadir Wacana Wangsa Jamalullail

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima undangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi berangkat menghadiri program ‘Wacana Wangsa Jamalullail’ sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mukia Tuanku Raja Perlis yang ke-79 pada petang isnin 16 Mei 2022 di Dewan Auditorium Dr. Syed Mahmood Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Program akan dimulakan dengan slot “Sesi Lagu Rasmi Negeri Perlis” oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia merangkap Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis.

Ia disusuli dengan Simbolik Pelancaran Garis Panduan Lagu Rasmi Negeri Perlis yang akan disempurnakan oleh baginda Tuanku Raja.

Slot ke-2 ialah “Pelan Pembangunan Negeri Perlis” yang akan disampaikan oleh pihak Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Slot Ke-3 dan terakhir ialah “Pelan Strategik MAIPs 2021-2025” yang akan dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.

Tuanku Raja akan diiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta tetamu-tetamu kenamaan yang datang ke Perlis untuk menghadiri sambutan Hari Ulangtahun baginda pada kali ini.

Sementara itu, dalam program berasingan terdahulu pada tengahari yang sama Tuanku Raja dan Tuanku Raja Muda dijadualkan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Golf Keputeraan ke-79 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat.

Pada petang selasa 17 Mei 2022 pula akan diadakan ‘Eksplorasi Berbasikal Santai’ melibatkan penyertaan tetamu-tetamu kenamaan dari luar Perlis ke kawasan Kampung Nelayan Warna-warni Program Transformasi Di Raja Seberang Ramai Kuala Perlis.

(Visited 724 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button