NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda, Raja Puan Muda lawat Pusat Peperiksaan MRCP (UK)

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan penyerahan sijil MRCP (UK) oleh Dr. Khalid Javaid kepada Pengarah HTF, Dr Nur Aslina Bahakodin di Bangunan Wakaf MAIPs, Hemodialisis HTF di Kangar.

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melawat Pusat Peperiksaan Perlis, The Federation of Royal Colleges of Physicians of the United Kingdom (MRCP) (UK).

Pusat Peperiksaan MRCP (UK) ini diadakan di Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari, Ketua Jabatan Perubatan Dalaman Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Prof Datuk Seri Dr. Paras Doshi dan Ketua Pemeriksa Peperiksaan MRCP (UK), Dr. Syed Tariq dari United Kingdom.

Peperiksaan ini merupakan peperiksaan akhir untuk menjadi seorang doktor Pakar Perubatan Dalaman. Peperiksaan ini dijalankan di seluruh dunia untuk menyediakan doktor muda menjadi pakar Perubatan Dalaman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar sempena melawat Pusat Peperiksaan MRCP (UK) di Bangunan Wakaf MAIPs, Hemodialisis HTF di Kangar.

Terdapat dua peperiksaan teori diikuti dengan peperiksaan klinikal akhir. HTF merupakan satu-satunya hospital di dunia yang mempunyai autoriti untuk menjalankan pemeriksaan dan juga penilaian dari Royal College Of Physicians, United Kingdom dan juga Royal College of Physicians Ireland.

Peperiksaan ini juga adalah salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan taraf rawatan pesakit akut di Malaysia di kalangan doktor Pakar Dalaman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dipersembah maklum oleh Dr. Khalid Javaid dari Birmingham mengenai lima stesen yang mewakili lima peringkat peperiksaan.

Stesen-stesen ini termasuklah Stesen pertama bagi penilaian komunikasi bersama pesakit dan sistem pernafasan, Stesen Kedua pula 2 adalah penilaian konsultasi pesakit dan Stesen Ketiga adalah penilaian sistem jantung dan penilaian sistem saraf.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan melawat Pusat Peperiksaan MRCP (UK) di Bangunan Wakaf MAIPs, Hemodialisis HTF di Kangar.

Bagi Stesen Keempat pula adalah penilaian komunikasi bersama pesakit dan penilaian sistem usus dan perut serta Stesen Kelima iaitu penilaian konsultasi pesakit.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua peserta yang terlibat dengan peperiksaan MRCP (UK) ini dan berharap agar taraf rawatan untuk pesakit akut di negara ini akan berjaya ditingkatkan dari masa ke semasa. – SM

BACA Raja Muda Perlis rasmi Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Pertama 2024

(Visited 23 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button