Travel

Festival Ramadhan Putrajaya kali ini lebih meriah dengan kehadiran TikTokers

FESTIVAL Ramadhan Putrajaya kali ke 12 oleh Perbadanan Putrajaya kali ini dikendalikan oleh Ingenious dan bekerjasama dengan Rantai Art, Tempatan Fest serta Semboyan Malaysia dengan skala lebih besar sepanjang bulan Ramadhan ini.

Bukan sahaja jualan makanan yang diadakan malahan turut mengadakan aktiviti kraftangan, persembahan artis dan lain-lain sebagai tarikan orang ramai.

Apa yang paling menarik sekali, terdapat jualan-jualan makanan dan barangan dari pempagaruh media sosial seperti Tiktokers, orang ramai berpeluang untuk berjumpa mereka dan mengambil kesempatan untuk bergambar.

Elly Ariffin, sebagai Rakan Strategik

Menurut Pengarah Pelesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya terdapat lima komponen utama iaitu iaitu 5 lokasi Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan masih mengekalkan tema yang sama sebagaimana tahun lepas iaitu Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

“Saban tahun, PPj melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Untuk rekod, tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang.

‘’Pada tahun ini juga, PPj ingin mengumumkan bahawa FRP2024 akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, Tik Tok yang disediakan di FRP 2024. Dengan menggunakan Tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh. Menerusi jalinan kerjasama ini, diyakini mampu mengembalikan kuasa beli orang ramai terutama dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini’’, jelasnya semasa acara sidang media yang berlangsung di Hotel Mercure, Putrajaya.

Selain itu turut mengadakan jualan Mega Aidilfitri sempena FRP2024 yang dikendalikan oleh Jualan Anjung Syawal Bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3 Putrajaya, bagi yang ingin membeli baju raya yang bermula 8 Mac hingga 9 April 2024 dengan tema mengetengahkan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung.

Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 100 usahawan daripada pelbagai cabang perniagaan.

Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).

Kesemua program akan turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan seperti artis dan selebriti popular tempatan, penceramah dan ramai lagi.

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button