NasionalNegeri

Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan rasmi Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan Temasya Warna-Warni Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis yang diadakan di pekarangan Dataran Semarak Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-warni Seberang Ramai Kuala Perlis baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Suriani Datuk Ahmad, Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan, Mohd Azhari Mohammad, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA), Mohd Khairol Nizam Mohamad Ibrahim Khan dan Penasihat MFWDA, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran

Program Temasya Warna-warni yang julung kali dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) bermula 3 hingga 5 Februari lalu turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia.

Ia turut mendapat sokongan padu daripada Syarikat Adabi, Nasty Group, Pertubuhan Warisan Patriotik Malaysia, MyFundAction, Kolej Antarabangsa Murni, EST Infinity, Aec Machinery, Idillick Partners, Easy Paint, Akademi Binaan Malaysia dan pelbagai pihak yang terlibat melalui pelbagai aktiviti, pertandingan, pameran dan jualan kepada para pengunjung.

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang program tersebut adalah Pertandingan “Cabaran 4×4 KBS”, Perkhemahan 4×4, Pertandingan RC Crawler Offroad 4×4, Pertandingan Kenderaan Mini RC Crawler 4×4, Pertandingan Sukan “Esport”, Pertandingan Mewarna, dan Pertandingan Memasak “Citarasa Adabi” Bersama-sama dengan Chef Mohd Irwan Mohd Nor.

Selain itu, turut dilaksanakan ialah aktiviti “Slide Pool”, Ceramah Ziarah Mahabbah, Senaman Pagi, Pertandingan “Kopi Tarik”, Pertandingan Sukan Rakyat dan Permainan Tradisional, Pertandingan ‘RC BOAT’, Konvoi Cabaran 4×4 KBS, Konvoi Program CSR, Penyerahan Fasiliti Kemudahan Awam, Program CSR Penyerahan Barangan kepada Kg. Seberang Ramai Kuala Perlis, dan Program Sukarelawan – Together We Lend A Hand “Love The Environment”.

Raja Muda dan Raja Puan Muda turut berkenan meluangkan masa berangkat meninjau lokasi pertandingan 4×4 Challenge serta tempat pertandingan memasak Citatasa Adabi selain beramah mesra dengan masyarakat setempat.- SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button