NasionalNegeriUncategorized

Raja Muda, Raja Puan Muda, anakanda ucap “Selamat Bergembira” untuk rakyat Perlis sambut Deepavali

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam titah Baginda berdua mengucapkan “Selamat Bergembira”‘ dalam suasana muhibbah bersama seluruh ahli keluarga dan rakan taulan kepada rakyat Perlis yang menyambut Hari Deepavali hari ini.

Ucapan yang sama juga dizahirkan oleh anakanda-anakanda Baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Seluruh rakyat juga dititah supaya sentiasa mempertahankan keharmonian kaum dan agama yang telah menjadi tradisi yang diwarisi di bumi bertuah ini.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Valiram yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan berangkat menyaksikan beberapa sesi pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) sempena ‘The Innovate Tech Show and Global Drone Conference & Exhibition 2022’ di Main Stage, Hall B, MATRADE Exhibiton and Convention Centre di ibu negara baru-baru ini.

Antaranya yang melibatkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diwakili Naib Canselornya, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dengan Surya Biotech Engineering Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Mohd Adam Haziq Faris dan Lawi Engineering (M) Sdn Bhd oleh Pengarahnya, A. Rathakrishnan. – SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button