pilihanPolitik

Senarai lapan calon DAP Sarawak yang akan bertanding dalam PRU-15 ditampilkan!

KUCHING: DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Chong Chieng Jen kekal mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2018 selepas menewaskan Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di Parlimen Stampin dengan majoriti 14,221.

Manakala Bandar Kuching, DAP sekali lagi mengangkat suara muda dengan mencalonkan semula Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Pada PRU14, Ketua DAPSY itu menewaskan Amoi Kho atau Kho Teck Wan dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 35,973.

Sementara itu, kerusi Bidayuh di Mas Gading, Mordi Bimol tidak mahu melepaskan peluang untuk kembali berada di pentas Parlimen.


Walaupun sebelum ini dikatakan berdepan masalah kesihatan, namun beliau kini dilihat bersedia untuk mempertahankan kerusinya.

Mordi Bimol yang mempertahankan kerusi parlimen P1.92 Mas Gading dengan menang majoriti 3,024 mengalahkan Nogeh anak Gumbek.

Kerusi Serian pula bakal menyaksikan pertembungan semula antara Learry Jabul dengan Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Kekalahan lalu tidak mematahkan semangatnya untuk berdiri sekali lagi di bawah panji Pakatan Harapan (PH).
Dengan pengumuman terbaharu itu, maka lengkap barisan calon DAP Sarawak yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Padungan malam tadi.

Terdahulu Chieng Jen telah mengumumkan tiga calon bagi kerusi Sibu, Lanang dan Bintulu di Sibu pada Sabtu.
Mereka adalah Oscar Ling, Alice Lau dan Tony Chiew, sementara calon bagi Parlimen Sarikei, DAP menampilkan muka baharu iaitu Roderick Wong Siew.

(Visited 383 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button