Nasional

Raja Muda Perlis seru ibu bapa, pelajar sokong kempen keselamatan jalan raya

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullalil menyeru ibu bapa dan juga pelajar sekolah menyambut baik dan memberikan sokongan kepada kempen ‘Ops Didik’ yang merupakan operasi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atas inisiatif Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dalam usaha untuk memastikan keselamatan jalan raya khasnya kepada pelajar-pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah.

Baginda dipersembahmaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari a/l Kiew bahawa pelaksanaan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu yang pertama dengan memberikan nasihat sehingga tarikh 29hb Februari 2020 yang lalu iaitu dengan menjalankan ceramah di sekolah-sekolah khasnya 14 buah sekolah menengah yang berada di Daerah Polis Kangar melalui Pegawai Trafik Daerah dan Pegawai Perhubungan Polis di Sekolah (PPS).

BACA JUGA: Pelaksanaan Sekolah Amanah Jamalullail perlu kesungguhan semua – Raja Muda Perlis

BACA: Raja Muda saran rakyat Perlis amal pengurusan masa berkualiti

Peringkat kedua pula ialah penguatkuasaan undang-undang yang bermula pada 2hb Mac 2020 yang memberi fokus kepada kesalahan tidak memakai topi kalendar di bawah Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Motorsikal (Topi Kaledar) 1973. Saman akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar yang menunggang motorsikal tanpa memakai topi kaledar. Fokus penguatkuasaan juga akan dijalankan di 14 buah sekolah menengah di Daerah Kangar. Tempoh masa penguatkuasaan adalah selama sebulan sehingga 31hb Mac 2020 diperingkat pertama dan seterusnya berpandukan penilaian pematuhan dikalangan pelajar-pelajar kelak.

Kadar kompaun trafik bagi kesalahan tidak memakai topi kaledar ialah RM100 dan akan naik kepada RM300 apabila waran tangkap dikeluarkan sekiranya tidak membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

Demikian dikongsikan baginda bersempena program ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 14 bagi tahun ini dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang diadakan di Masjid Al Furqan Utan Aji pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim.

Turut hadir ialah pendakwah terkenal, Shah Kirit Kakulal Govindji.

Seramai 150 pasangan asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kampung Surau, Kampung Binjal dan Kampung Sentua kesemuanya di Utan Aji hadir bagi menerima agihan zakat masing-masing daripada pihak MAIPs yang dikurniakan oleh baginda.

Turut diadakan dalam program yang disekalikan dengan sambutan ‘Hari Wanita Antarabangsa’ itu ialah perasmian projek pembangunan sosio-ekonomi asnaf MAIPs yang melibatkan perniagaan Goreng panas, ABC dan Cendol yang diusahakan oleh Suhairi Chin, 46 tahun (No Tel : 019-4661384) di 164, Kampung Sentua Utan Aji, yang telah beroperasi sejak lima tahun yang lalu dan telah pernah mendapat sumbangan MAIPs berupa bantuan peralatan bernilai RM2,660 pada bulan November 2018.

Terdahulu, baginda turut berkenan singgah bagi menyampaikan sumbangan MAIPs kepada mangsa kebakaran rumah beberapa hari yang lalu iaitu Haron Nayan yang tinggal bersama keluarga seramai enam orang di Kg. Sebelah Kg. Sentua. Pihak pengurusan MAIPs juga telah bersetuju untuk memberikan peruntukan bina semula rumah baru kepada mangsa berkenaan.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button