NasionalNegeri

Raja Muda Perlis berkenan bertemu dua Menteri South Sudan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bertemu dua Menteri dari negara South Sudan di Hotel Equatorial, Kuaia Lumpur.

Menteri Hal Ehwal Presiden, Dr. Barnaba Marial Benjamin dan Menteri Petroliamnya, Puot Kang Chol diperkenalkan kepada Baginda oleh Presiden SUDD Petroleum Operating Co. (SOPC) Ltd., Mohamad Isham Isnin.

Delegasi dari South Sudan tersebut berada di Malaysia selama empat hari untuk sesi lawatan kerja.


Turut hadir mengiringi Raja Muda, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus iaitu bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Dagangan Bhd. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button