NasionalNegeri

Raja Muda berkenan rasmi Anugerah Seri Gemilang UniMAP

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Anugerah Seri Gemilang (ASG) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2022 di Dewan Kecemerlangan Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts Dr. Zaliman Sauli dan kepimpinan tertinggi universiti.

Di majlis tersebut seramai 35 orang menerima Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang daripada Naib Canselor, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (63) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Tuanku Pro Canselor (45).

Pada kemuncak majlis, sebanyak 24 orang menerima Anugerah Seri Gemilang daripada Baginda selaku Tuanku Canselor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam titah perasmian berharap dengan pengiktirafan ini akan dapat menyuntik semangat baharu warga UniMAP sekaligus membantu melonjakkan kecemerlangan universiti pada tahun ini dan juga akan datang.

Tambah Raja Muda, selepas mengharungi pelbagai cabaran baik pandemik mahupun endemik, banyak pencapaian UniMAP yang membanggakan baik daripada pelajar mahupun kakitangan.

“Namun adalah dinasihatkan agar UniMAP tidak boleh selesa dan mengabaikan strategi yang telah direncanakan,” titah Baginda.

Titah Baginda, untuk terus menempa kejayaan pada tahun ini maka UniMAP perlu menjalankan lebih banyak kajian atau penyelidikan yang berimpak tinggi; menggandakan usaha kebajikan serta menambahbaik fasiliti; memanfaatkan dan menonjolkan bakat staf; dan juga meningkatkan keterlihatan menerusi media sosial dan media massa. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button